pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jamal Berang, Ratu Naga Datang Rumahnya, Persenda Masalah Air
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos berang dengan “bantuan” bekalan air dihantar aktivis pembangkang Syarul Ema ...
PETALING JAYA: Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos berang dengan “bantuan” bekalan air dihantar aktivis pembangkang Syarul Ema di kediamannya, hari ini.
Ia menyebabkan Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga dibaling telur, tepung dan disimbah air oleh 31 ahli Baju Merah termasuk Jamal.
Jamal berkata beliau menerima berita Ratu Naga akan datang ke rumahnya pada 6.30 pagi dan menjemput media untuk hadir.
Beliau kemudian memaklumkan kepada jiran ada tetamu yang akan datang membawa bantuan air walaupun sebelum itu bantuan bekalan air sudah diterima.
“Kehadiran beliau pagi tadi disambut saya sendiri. Saya sangkakan beliau datang bersama lori tangki besar supaya boleh dikongsi bersama jiran-jiran di sini.
“Tapi beliau datang hanya membawa air sebotol. Ia satu penghinaan yang sengaja hendak menyakitkan hati saya. Beliau tak tahukah betapa susahnya keadaan kami, nak membuang air, mandi dan masak?” katanya.
Beliau berkata, jiran-jiran yang ada turut marah kerana Ratu Naga meremehkan perkara penting.
Sebelum ini dilaporkan Ratu Naga datang berseorangan tetapi Jamal menafikannya dengan berkata wanita itu datang bersama 5 atau 6 kenderaan yang diiringi beberapa ahli PKR.
“Beliau datang dengan kawan PKR yang berbaju biru (warna PKR) untuk mengejek kami. Kenapa begitu? Kalau nak datang, datanglah betul-betul.
“Beliau yang menyerang kami dan nak masuk rumah saya. Mana boleh, rumah saya adalah privasi,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top