pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jamal "Nafi" Keluarkan Kenyataan Sindir Siti Nurhaliza Kurang Subur
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos nafi pernah mengeluarkan keny...
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos nafi pernah mengeluarkan kenyataan seksis menyindir penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza kerana masih tidak menimang cahaya mata.
Jamal berkata kenyataannya hanya akan dikeluarkan di laman rasmi Facebook dan menambah Siti Nurhaliza berhak membuat komen terhadapnya.
“Kamu tambah-tambah yang Siti Nurhaliza itu apa benda? Bila masa saya buat kenyataan? Mana dia, kiriman WhatsApp (sindiran terhadap Siti Nurhaliza)? Mana dia, ‘print screen’ bagi dekat saya.
“Saya tidak ada. Kamu jangan nak pandai-pandai tambah cerita. Kalau saya keluarkan, di dalam Facebook ada tidak? Saya keluar kenyataan rasmi saya di dalam Facebook saya.
“Kalau dalam ‘group’ WhatsApp kamu nak ambil, itu masalah. Takkan kamu sebagai media yang mempunyai pembaca dan pengunjung yang ramai, kamu nak ambil perkara tidak sahih,” katanya 
Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang.
Siti antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala ke Instagram.
Jamal kemudiannya dilaporkan membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata. Tindakan yang dikatakan dilakukan Jamal itu mengundang kecaman orang ramai.
“Siti Nurhaliza nak komen pasal saya, itu terpulang kepada dia. Beliau seorang penyanyi popular dan tersohor di negara kita.
“Saya juga peminat beliau sebelum dan selepas kahwin. Sehingga sekarang saya peminat Siti Nurhaliza. Komen dia terhadap saya mengenai isu masyarakat, rakyat terjejas, kehidupan harian kerana tidak mempunyai air,” kata Jamal.
Jamal berkata dia memohon maaf kepada Siti kalau betul dia melakukannya, tetapi dia tidak pernah membuat kenyataan itu.
“Media pula disarankan memberikan berita yang sahih. Jangan berita tidak sahih kamu nak ambil. Kamu dapatkan sumber daripada mulut, kamu rakam, saya akur. Tetapi kalau kamu nak ambil daripada komen-komen, gurauan dalam group WhatsApp, adakah ini sumber rasmi?
“Jadi saya, tidak pernah keluarkan kenyataan seperti kamu komen. Saya lihat FMT yang keluarkan itu. Yang lain-lain tidak ada. Jadi perkara tidak sahih kenalah pastikan sumber itu kenyataan daripada saya.
“Kalau kenyataan saya, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tetapi kenyataan itu bukan daripada saya. Kamu tanggunglah sendiri. Hari ini saya akan buat kenyataan balas,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top