pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jemputan Dr Mahathir: Muhyiddin 'Enggan Jawab', Saddiq Pula Harap Kerusi Di Lapangkan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
CYBERJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengu...
CYBERJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas keputusan menarik balik jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baharu minggu depan.
“Saya tidak mahu komen mengenai ini,” katanya ringkas ketika ditemui di sebuah program PPBM malam tadi.
Semalam, media sosial giat berkongsi 2 surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, masing-masing ditujukan kepada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah, memaklumkan mereka tidak dapat menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Agong baharu dibatalkan.
Antara lain, ia menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.
“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg. Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” kata Syed Danial dalam surat itu.
Sementara itu, mengulas perkara tersebut, ketua sayap pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap tetamu undangan pada majlis itu akan secara sukarela mengosongkan kerusi bagi membolehkan Dr Mahathir hadir.
“Kepada Tun Tun, Tan Sri Tan Sri, Datuk Datuk yang bakal hadir, alangkah eloknya sekira ada 2 kerusi yang dapat dilapangkan dan diberi kepada Tun dan Tun Siti.
“Saya pasti berjuta rakyat Malaysia akan berterima kasih dan amat menyanjung kemuliaan hati dan budi Tuan,” kata Syed Saddiq.
Sementara itu, berucap pada satu program PPBM, Muhyiddin mengingatkan pemimpin Umno tidak memperalatkan Islam untuk mempertahankan presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
“Misalnya mengatakan Najib telah dipilih oleh Allah untuk menjadi Presiden Umno. Jangan gunakan Islam sebagai alat untuk mempertahankan diri,” katanya kepada kira-kira 50 ahli PPBM di sebuah restoran di sini.
Pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata Najib dipilih Allah menjadi presiden Umno dan rakyat perlu menghormatinya.
Muhyiddin turut berkata rakyat perlu membuang pandangan yang mengatakan DAP akan menguasai negara sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya, persepsi ini hanyalah untuk menakut-nakutkan pengundi untuk mengundi pembangkang.
“Sekiranya kita menangkis persepsi yang tidak betul ini, kita yakin PPBM dan pembangkang boleh memenangi PRU akan datang ini. Kita sedang berusaha untuk meyakinkan pengundi,” katanya dan menambah parti itu menyasarkan Kedah dan Johor. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top