Kanak-Kanak 4 Tahun Mati Lemas Dalam "Kolam Renang Dewasa" Sebuah Resort Di Cherating


KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dipercayai mati lemas dalam kolam renang dewasa sebuah resort di Cherating dekat sini petang semalam. 

Kejadian berlaku sekitar jam 4.50 petang, ketika mangsa bersama keluarganya dari Terengganu sedang bercuti di resort terbabit.

Mangsa, Wan Muhammad Arfan bin Wan Mohd Faizul dilaporkan keluar dari bilik secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibubapanya. Jarak antara pintu bilik dengan kolam terbabit sekitar 2 hingga 3 meter sahaja. 



Menurut bapa mangsa, Wan Mohd Faizul Wan Saberi, 34, berkata beliau menyedari anaknya tiada dalam bilik dan bergegas mencarinya di merata tempat.



"Saya menjumpai anak saya di dalam kolan renang dewasa dan telah membawanya ke klinik sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor" katanya.



Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Beserah, jam 9.06 malam tadi. Jenazah mangsa telah dibawa balik ke Ajil, Terengganu sekitar jam 2.00 pagi dan telah dikebumikan pagi ini. 

Tinjaun PDO mendapati, lokasi kolam dengan pintu bilik memang terlalu hampir dan ia amat membahayakan orang ramai. Ciri-ciri keselamatan harus diperketatkan demi keselamatan pelanggan yang berkunjung ke resort terbabit selepas ini. #PDONEWS

Berita Sinar Harian

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]