pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kartunis Zunar Di Tahan Polis Lagi Siasatan Di Bawah Seksyen 124 (c) !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Kartunis kontroversi Zunar atau nama sebenarnya Zulkilflee Anwar Ulhaque sekali lagi ditahan polis, hari ini. Menurut K...
PETALING JAYA: Kartunis kontroversi Zunar atau nama sebenarnya Zulkilflee Anwar Ulhaque sekali lagi ditahan polis, hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi M. Gunalan ketika dihubungi FMT, Zunar ditahan semasa majlis “Minum Petang Bersama Zunar” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), kira-kira jam 3.00 petang ini .
Penangkapan Zunar ini tidak sampai sebulan selepas ditahan di Pulau Pinang pada 26 Nov kerana menjejaskan keamanan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Selain Zunar, aktivis sivil Lawrence Jeyaraj, ahli DAP Jimmy Wong dan 2 tetamu lain juga ditahan pihak polis.
Mereka kini berada di Balai Polis Dang Wangi.
Peguamnya, Nicole Tan berkata, Zunar dan Lawrence disiasat di bawah Seksyen 124 (c) bagi aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.
Menurut Lawrence, polis turut merampas kira-kira 103 baju-T dan 1,211 buku yang bertujuan untuk dilelong dan dijual.
“Polis mengambil kenyataan kami sekarang. Saya tidak pasti jika mereka akan menahan semalaman di sini.”
Penangkapan Zunar baru-baru ini di Pulau Pinang susulan perbalahan di pameran lukisan, di mana kira-kira 30 anggota Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut beliau menurunkan karya beliau.
Mereka berkata, lukisan Zunar menyinggung perasaan memberi gambaran buruk kepada perdana menteri dan pemimpin negara lain.
Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail yang membuat laporan polis selepas itu, berkata lukisan Zunar mengganggu keamanan rakyat Malaysia amnya.
Zunar, yang terkenal menghasilkan karya satira terhadap pemimpin Umno menerusi kartun, berdepan 9 tuduhan hasutan. Lima daripada karyanya diharamkan kerajaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top