pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kejutan: Tun Dr Mahathir 'Berdiri' Ketika Lagu Rasmi DAP Dimainkan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejut...
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan dengan menghadiri persidangan kebangsaan DAP hari ini.
Beliau tampil meskipun Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook sebelum ini mengumumkan Dr Mahathir dan parti baharunya tidak dijemput persidangan yang diadakan di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC).
Anthony menjelaskan PPBM tidak dijemput kerana parti itu belum memeterai perjanjian rasmi dengan Pakatan Harapan. Kesemua pimpinan perikatan itu dijemput menghadiri persidangan hari ini.
Turut membuat penampilan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya pagi ini berkata kehadiran Dr Mahathir merupakan petanda positif “musuh menjadi kawan demi kebaikan negara”.

Di Twitter, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkongsi gambar bekas presiden Umno itu berdiri ketika lagu rasmi DAP dimainkan, dengan ucapan: “Esok selangkah menghampiri kejatuhan rejim MO1 (Malaysian Official 1)”.
PPBM mahu bekerjasama dengan PH untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, ketidaktentuan masih menyelubungi pembentukan perikatan pembangkang baharu kerana Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin masih dalam rundingan dengan PAS. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top