pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kemalangan Bas Ekspres Di Pagoh, 14 Mangsa Maut Dan 16 Cedera
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MUAR: Empat belas maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Leb...
MUAR: Empat belas maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Pagoh, Johor awal pagi tadi.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata kemalangan yang berlaku berdekatan Kampong Jayo itu, turut mengorbankan pemandu dan seorang kanak-kanak.

Penumpang yang cedera termasuk 7 rakyat tempatan, 6 warga Singapura, 2 Myanmar dan 1 masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 45 minit kemudian.


“Seramai 27 anggota bomba dari 3 balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian,” kata Mohd Yusof ketika dihubungi di sini.
Kesemua mangsa yang terkorban dan cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, kata beliau.
Operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi, katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top