pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kuantan "Banjir Lagi", NGO Gesa Kerajaan Siasat Kerja Berkaitan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mempersoalkan kerja-kerja naik taraf tebatan banjir yang dilihar gagal menghalang...

KUANTAN: Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mempersoalkan kerja-kerja naik taraf tebatan banjir yang dilihar gagal menghalang banjir kilat terus berlaku di bandar ini. Angkara kesal kerana kerajaan telah keluarkan peruntukan puluhan juta ringgit dan berjanji untuk mengatasi masalah tersebut selepas banjir besar tahun 2013 lalu, namun kes yang sama terus berlaku.

Dalam kejadian itu semalam, beberapa buah kenderaaan terperangkap dalam arus deras akibat air yang naik begitu cepat. Antara Jalan-jalan yang kritikal dalam kejadiam semalam ialah Jalan Indera Mahkota - Sungai Lembing (Berhampiran Shell), Jalan Tun Ismail (Sekitar kawasan Rocana Hotel berhadapan Berjaya Megamall) dan Jalan Lim Hoe Lek (Bersebelahan Stadium Darul Makmur).

Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, selepas bandar Kuantan lumpuh akibat banjir pada 2013, bajet besar telah diperuntukan bagi mengurangkan risko kejadian yang sama. (foto pada gambar hanya hiasan, banjir 2013 di Sungai Isap)


"Kerja-kerja naik taraf tebatan banjir bandar Kuantan telah dilaksanakan dan ia merupakan projek berimpak begera bagi mengurangkan risiko ancaman banjir besar seperti yang berlaku sebelum ini. Malah difahamkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang telah memperuntukkan RM34 Juta untuk melaksanakan 16 projek tebatan banjir Di Kuantan, Manakala 13 projek lagi telah pun dilaksanakan di bawah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang melibatkan kos sebanyak RM17 Juta", kata Shukti.



"Persoalannya, dengan jumlah kos peruntukan mencecah RM50 juta itu, maka wajarkah satu lagi adengan banjir kilat dapat disaksikan?. Apakah kerja-kerja projek tebatan banjir yang telah dilaksanakan oleh pihak terbabit sebenarnya?." katanya lagi.



Tambah beliau, sebelum ini rakyat mempertikaikan sikap "pilih kasih" dalam agihan bantuan banjir dan peruntukan banjir sumbangan kerajaan Arab yang tidak sampai kepada mangsa. Kini timbul pula isu baru, peruntukkan banjir besar tapi hasilnya tidak sepeti yang dihara[kan.

"Jika hujan turun baru sejam lebih keadaannya sudah seperti ini, apa akan jadi jika hujan lebat turun empat atau lima jam selepas ini?. Apa jadi kepada mangsa yang mengalami masalah kereta tenggelam?. Apakah mereka dibayar ganti rugi?. Rakyat mahu tau, apakah kerja-kerja yang telah dilaksanakan dalam bandar bagi mengatasi masalah ini. Justeru saya menggesa pihak terbabit memberi jawapan segera agar ia tidak mengelirukan rakyat', tambah beliau lagi. 

Beliau juga menggesa kerajaan menyiasat kerja-kerja berkaitan bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan dengan kadar segera. #PDONEWS

Sumber Rujukan: -
(Kerajaan Peruntukan RM2 Bilion Untuk Projek Atasi Banjir Di Pahang)
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php…
(JPS Keluar Tender Laksana Projek Tebatan Banjir)
http://ww1.utusan.com.my/…/JPS-keluar-tender-laksana-projek…

Advertisement

Post a Comment

 
Top