pahangdaily pahangdaily Author
Title: KWSP Lepas Saham FGV, Peneroka Pula Masih Perlu Bayar Pinjaman !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahawa pihaknya...

Kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahawa pihaknya tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menunjukkan betapa rendahnya keyakinan pelabur pada Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad hari ini.

Kesian kepada para peneroka yang masih perlu membayar balik setiap bulan duit pinjaman yang diambil untuk memiliki saham FGV, yang kini berlegar pada paras RM1.63, 63.5% lebih rendah berbanding dengan nilainya ketika disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 dengan harga RM4.45 sesaham.

Beberapa penganalisis berkata prestasi saham FGV tidak akan menyebabkan UMNO BN kehilangan undi.

Pandangan ini akan terbukti silap terutamanya apabila para peneroka mula merasai manfaat-manfaat yang diperolehi selama ini mula terkikis sedikit demi sedikit susulan masalah kewangan yang dihadapi Felda untuk menyelamatkan FGV.

Peneroka hari ini sudah pun merasai nilai pulangan hasil yang rendah daripada ladang-ladang yang diuruskan Felda.  

Meskipun FGV masih ialah pengeluar sawit terbesar di Malaysia, namun masa depan FGV agak malap kerana kadar pengeluaran tandan buah segar (FFB) adalah terendah, iaitu 14% sahaja berbanding saingannya IOI (55%), Sime Darby (45%) dan Genting Plantations (14%). 

Bukan itu sahaja, masalah kewangan FGV bakal mengganggu hidup peneroka apabila isu seperti perumahan untuk peneroka generasi kedua yang terbengkalai, kelewatan bayaran hasil kelapa sawit dan kos sara hidup yang meningkat kerana kejatuhan nilai Ringgit semakin menjadi-jadi.
 
Jika saham FGV terus merudum, siapa yang bakal menyelamatkannya? Seperti 1MDB, siapa yang membayar pada akhirnya kalau bukan kerajaan menggunakan duit yang dikutip daripada poket rakyat?. #sumber

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 Disember 2016

Advertisement

Post a Comment




 
Top