pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahli BN, PKR & Parti Pembangkang Di Sabah, Kini Sertai Parti Warisan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Seramai 3,650 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan parti pembangkan...
PETALING JAYA: Seramai 3,650 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan parti pembangkang di Sabah menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) Sabtu lalu, kata Junz Wong.
Naib presiden Warisan itu berkata pengumuman keluar parti untuk menyertai Warisan itu dibuat menerusi program Jelajah Pemuda Warisan Sabah di Kundasang pada 17 Disember lalu.
Beliau berkata antara ahli baharu itu ialah 400 bekas ahli UMNO cawangan Desa Aman, 50 ahli Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Sabah (150), Parti Maju Sabah (500), Parti Reformasi Negeri Sarawak (500), Parti Cinta Sabah (500) dan 1,550 lagi daripada PKR.
Wong yang juga bekas setiausaha DAP Sabah berkata sambutan luar biasa kepada Warisan itu akan mencerahkan peluang parti yang baru ditubuhkan dua bulan lalu untuk merampas Sabah daripada BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Warisan akan menganjurkan lebih banyak siri jelajah di seluruh Sabah selepas ini,” katanya.
Pada 17 Oktober lalu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal menubuhkan parti itu selepas mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.
Shafie berkata penubuhan parti baharu itu ialah langkah menyatupadukan semua kaum di Sabah.
Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna dan bekas menteri turut mengumumkan bekas Naib Presiden PKR, Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden, manakala tiga Naib Presidennya ialah bekas Presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony; bekas Naib Ketua UMNO Semporna, Jaujan Sambakong dan Wong. Setakat ini, Warisan mempunyai lebih 30,000 ahli berdaftar. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top