pahangdaily pahangdaily Author
Title: Langit Tidak Akan Runtuh, Jikalau Anwar Tak Jadi PM, Sindir Ibrahim Ali
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan cadangan Rafizi Ramli mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Me...
PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan cadangan Rafizi Ramli mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri melalui pelan menyerupai “Langkah Kajang” adalah cubaan mempersenda minda rakyat.
Presiden Perkasa itu berkata, kenyataan Rafizi itu seolah-olah pembangkang kehabisan orang berkebolehan yang layak menjadi perdana menteri.
“Ini semua menyusahkan rakyat dan membazir wang negara. Bukankah Rafizi yang selalu bercakap dan berjuang hendak menyelamatkan setiap sen wang rakyat. Apa istimewanya Anwar mesti jadi perdana menteri? Rekodnya semua orang tahu.
“Saya yakin langit tak runtuh di Malaysia jika Anwar tak jadi perdana menteri. Ramai lagi yang boleh jadi perdana menteri. Pada Rafizi seolah-olah Anwar sahaja yang layak? Dangkal dan kecilnya jiwa Rafizi ini.
“Saya ingat beliau benar-benar berilmu dan tidak memandang rendah tokoh lain. Kajang move 2.0 adalah langkah menyusahkan dan membazir wang rakyat serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Rafizi yang juga naib presiden PKR mencadangkan pelan menyerupai “Langkah Kajang” untuk membolehkan Anwar menjadi perdana menteri, sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Rafizi berkata, selepas memenangi PRU, PH boleh mengarahkan ketua setiausaha negara yang akan menjadi ketua kerajaan sementara memohon pengampunan diraja untuk Anwar yang kini dipenjarakan atas sabitan liwat bagi pihak kerajaan persekutuan baharu.
Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mahkamah mendapati Anwar bersalah kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan itu adalah hakikat yang perlu diterima semua pihak, termasuk parti pembangkang.
Dalam pada itu, Ibrahim mempersoalkan jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan mendapat pengampunan jika mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Apakah semua banduan dalam penjara akan dapat pengampunan?” soalnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top