pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty (LFL) hairan mengapa pihaknya disiasat berhubung dakwaan berkaitan menerima dana asing, sedangkan m...
KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty (LFL) hairan mengapa pihaknya disiasat berhubung dakwaan berkaitan menerima dana asing, sedangkan mereka dibebaskan dari dakwaan itu pada 2012.
Pengarah Eksekutif Eric Paulsen bimbang siasatan kali ini berniat jahat.
“Pada 2012 kami dan Bersih dituduh mahu menggulingkan kerajaan.
“Bagaimanapun kami tak disiasat dan isu digugurkan. Sekarang dakwaan sama diulang semula,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.
Paulsen menegaskan LFL “sangat telus” akan isu yang diperjuangkan dan menolak sebarang dakwaan mengatakan mereka mahu menggulingkan kerajaan.
“Dakwaan itu tidak masuk akal. Tuntutan LFL dan Bersih 5 sangat jelas iaitu pilihan raya bebas dan adil, dan kebebasan bersuara, yang selaras dengan perlembagaan.”
Peguam R Sivarasa, yang mewakili Paulsen, berpendapat siasatan polis itu susulan daripada serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 bulan lepas.
Sivarasa berkata pihak berkuasa mahu menyiasat dakwaan LFL menerima dana daripada yayasan hartawan George Soros, Open Society Foundation (OSF).
“Itu tuduhan yang diulang semula.”
Sivarasa berpandangan menerima dana dari luar negara bukan suatu kesalahan, dan menggesa pemerintah supaya menumpukan usaha membanteras rasuah dan jenayah.
“Jangan buang masa polis.”
Menurut Sivarasa, 2 lagi badan bukan kerajaan iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) akan dipanggil esok untuk siasatan.
Bekas pengerusi Bersih 2.0 Tan Sri Ambiga Sreevenasan akan dipanggil untuk memberi keterangan pada Khamis.
Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Mandeep Singh dan aktivis Fadiah Nadwa Fikri dan Farhana Abdul Halim juga sudah dipanggil untuk diambil keterangan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Mandeep berkata ini kali ketiga beliau dipanggil polis berhubung isu dana asing.
“Apa peranan saya dalam Bersih 5. Adakah saya memegang jawatan dalam NGO lain? Dari mana sumber dana Bersih? Saya beritahu polis saya akan jawab soalan itu di mahkamah.”
Polis meneruskan siasatan ke atas himpunan Bersih 5 yang berlaku pada 19 November lepas.
Tunjuk perasaan Bersih 5 itu menuntut reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top