pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lorong Baharu Lebuhraya Persekutuan Untuk Motorsikal Kuasa Tinggi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Motorsikal berkuasa tinggi tidak lama lagi boleh menggunakan laluan motorsikal sepanjang Lebuhraya Persekutuan. Ketua ...
PETALING JAYA: Motorsikal berkuasa tinggi tidak lama lagi boleh menggunakan laluan motorsikal sepanjang Lebuhraya Persekutuan.
Ketua Ikatan Silaturrahim Brotherhood Azlan Sani Zawawi (foto) berkata projek meluaskan lorong kepada 3 meter akan menyediakan ruang secukupnya untuk 2 motorsikal kelas kruiser dipandu sebelah-menyebelah.
“Ada banyak motorsikal jelajah sekarang ini dan hampir mustahil untuk mereka masuk ke lorong motorsikal sedia ada.
“Lorong yang diluaskan patutnya cukup untuk motorsikal besar.”
Azlan menasihatkan pengguna lorong motorsikal, terutamanya motorsikal berkuasa tinggi, supaya mematuhi had laju.
“Mereka tak sepatutnya merempit.
“Mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna lorong motorsikal yang lain.”
Kerja meluaskan lorong motorsikal di Lebuhraya Persekutuan dijangka bermula suku pertama tahun hadapan, dengan peruntukan RM29 juta yang diumumkan dalam Bajet 2017.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata kementerian bercadang untuk meluaskan lorong motorsikal kepada 3 meter, dan 3.5 meter di kawasan yang dibolehkan.
Azlan berharap laluan alternatif itu cukup luas untuk semua jenis motorsikal, kerana lebih 100,000 pengguna menggunakannya setiap hari.
Sementara itu, Presiden Kelab Pemilik RXZ Badrul Hamzi berkata laluan motorsikal yang luas boleh mengurangkan kemalangan.
“Lorong sedia ada sangat sempit. Pengguna perlu lebih waspada supaya tak terlanggar motorsikal yang cuba dipotong.
“Lagi payah kalau bawa motorsikal touring.”
Badrul berkata lorong alternatif, disamping itu, patut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.
“Keselamatan perlu diutamakan dan kita harap pihak berkuasa bukan sekadar sediakan kon keselamatan.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top