pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Maut Langgar Lembu", Peraturan "Pelihara Haiwan" Perlulah Di Kaji Semula !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  "Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan yang berkenaan perlu mengkaji semula peraturan dan merangka undang-undang bah...

KUANTAN: "Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan yang berkenaan perlu mengkaji semula peraturan dan merangka undang-undang baharu yang lebih ketat orang ramai yang memelihara haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya."

"Ia bagi membolehkan mereka tidak sewenang-wenangnya membiarkan haiwan-hawain terbabit berkeliaran di atas jalanraya, terutamanya pada malam hari.  Kita tidak mahu kes kemalangan melibatkan haiwan ternakan yang semakin menjadi-jadi sekarang ini dibiarkan berlarutan sampai baila-bila". 


"Jika tidak banyak nyawa manusia melayang begitu sahaja sedangkan tuan punya haiwan ternakan terlepas dari sebarang tindakan undang-undang" , demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO.

Shukri menjelaskan, jika tidak banyak nyawa manusia melayang begitu sahaja sedangkan tuan punya haiwan ternakan terlepas dari sebarang tindakan undang-undang. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut susulan satu lagi kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah kenderaan dengan lembu berhampiran stesen minyak Petronas Ubai, Jalan Kuantan-Pekan berlaku malam tadi.



Dalam kejadian tersebut, dua mangsa dipercayai maut akibat tersepit selepas kenderaaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dinaiki oleh lima orang itu terbabas selepas terlanggar lembu yang berkeliaran di kawasan terbabit. Tiga lagi mangsa dipercayai parah dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.



"Saya melihat dalam kes-kes seperti ini, pemilik lembu akan menyembunyikan diri dan tidak akan mengaku lembu yang menyebabkan kematian itu adalah lembunya.. Tapi jika berlaku kejadian curi lembu.. pandai pula mereka mendakwa lembu yang dijumpai itu milik mereka..ini tidak adil untuk orang awam", katanya.



"Pemilik haiwan seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya perlulah bertanggungjawab atas kemalangan maut yang berlaku. Ini kerana kesalahan mereka kerana tidak memastikan lembu-lembu berada di kandang ketika malam hari. Banyak kes yang berlaku terutamanya jalan-jalan negeri di Pahang mutakhir ini", tambah beliau lagi.



Shukri turut menegaskan, undang-undang yang lebih ketat perlu diwujudkan dan pemilik lembu berkenaan wajar didakwa sekiranya berlaku kejadian seperti ini. 



"Tag nama (besi) perlu diwujudkan agar, pihak berkuasa boleh kenal pasti pemilik lembu terbabit.. sama seperti pemiliharaan haiwan lain seperti anjing dan sebagainya. Jangan sampai lembu yang sepatutnya menjadi haiwan korban akhirnya mengorbankan pula nyawa manusia. Apa hukumnya lembu-lembu terbabit dikorbankan kelak?" tegas beliau lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top