MH370: Pasukan Penyiasat Dalam "Pencarian Akhir" Di Lautan Hindi

SYDNEY: Pasukan penyiasat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam peringkat akhir pencarian di Lautan Hindi, kata pihak berkuasa Australia yang mengetuai pasukan itu.
Penerbangan MH370 yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur menjadi salah satu misteri penerbangan dunia.
Dalam satu kenyataan, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata pencarian dijangka dimuktamadkan pada Januari.
Pada Julai, Malaysia, Australia dan China bersetuju untuk menangguhkan pencarian sekiranya pesawat tidak dijumpa sehingga bukti baru diperoleh.
Australia mengetuai pencarian atas permintaan kerajaan Malaysia.
Kapal carian Fugro Equator pada Isnin meninggalkan Fremantle di Australia Barat bagi perjalanan terakhir menuju ke kawasan dasar laut seluas 120,000 km persegi yang menjadi tumpuan pencarian pesawat jenis Boeing 777 sejak 1,000 hari lalu, kata JACC.
Kapal itu akan mengkaji semula lokasi terakhir objek dikesan sonar menggunakan dron selam.
Penglibatan China dalam carian juga berkurangan minggu ini, ketika kapal sonar miliknya menamatkan tugas dan menghala ke Shanghai.
Dong Hai Jim 101, yang menyertai pencarian pada Februari, pada awalnya bantuan imbasan sonar laut dalam sebelum dimuatkan dengan kemampuan dron selam kawalan jauh pada Oktober.
China akan terus menyertai taklimat dan rundingan MH370, kata jurucakap pasukan pencarian, Dan O’Malley kepada Reuters melalui e-mel.
Pencarian dasar laut masih belum dapat mengesan kapal terbang itu, walaupun 3 serpihan ditemui di pantai Mauritius, Tanzania dan Kepulauan Reunion disahkan milik MH370.
Penyiasat turut melihat kepingan lain yang dijumpai di Mozambique dan Afrika Selatan.
Waris penumpang hilang yang kecewa menuntut pencarian diperluaskan ke pantai timur benua Afrika. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]