pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ng Suee Lim: Jamal Tidak Perlulah Anggap Dia Kebal Undang-Undang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Datuk Seri Jamal Yunos tidak perlu menganggap dirinya kebal undang-undang, kata ...
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos tidak perlu menganggap dirinya kebal undang-undang, kata ADUN Sekinchan dari DAP, selepas pemimpin UMNO itu menuduh Kerajaan Negeri Selangor berdendam kerana merobohkan hotel miliknya di kawasan itu.
ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim berkata Jamal, yang juga ketua UMNO Sungai Besar, tidak boleh sesuka hati membuka premis tanpa permit.
“Beliau sendiri tidak mengikut akta di bawah kerajaan tempatan, tidak ada lesen, kelulusan merancang tidak ada, malah perkara ini sudah banyak kali dibincangkan,” kata Ng.
“Jamal bertindak sewenang-wenangnya seolah beliau adalah seorang yang kebal undang-undang, beliau harus insaf dan sedar serta memberi contoh yang baik kepada rakyat, bukannya melanggar undang-undang.”
Menurut Ng, Jamal sebelum ini berkali-kali menerima notis saman dan membayarnya, tetapi masih gagal melakukan kerja tambah baik premis.
Sekin Fishermen Village Hotel & Resort yang dimiliki Jamal dirobohkan semalam oleh penguatkuasa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), selepas dikenakan notis amaran di bawah Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013.
Jamal menuduh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali berdendam terhadapnya disebabkan “protes tuala” yang dilakukannya Rabu lepas di luar Bangunan SUK yang menempatkan pejabat kerajaan negeri di Shah Alam.
Protes yang menyaksikan Jamal hadir dengan hanya bertuala itu bertujuan membantah gangguan air di kebanyakan kawasan di Selangor dan Lembah Klang.
Ng turut menolak dakwaan kerajaan Selangor bertindak pilih kasih dan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga tanpa permit lain di Sekinchan.
“Tuduhan yang mengatakan tindakan ini sebagai mahu buli Jamal tidak berasas,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top