pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Hantar Memorandum Gesa SKMM Siasat Individu Hina Agong
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) menghantar memorandum kepada Kemen...
PUTRAJAYA: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) menghantar memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia memohon siasatan dan tindakan diambil terhadap pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di laman sosial.
Presiden Irimm, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata tindakan dua pengguna laman sosial Facebook yang mempertikai Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat di masjid mencabar institusi diraja negara.
Katanya tindakan pengguna Facebook menggunakan nama Mohd Faiz yang mencadangkan Yang di-Pertuan Agong meletakkan jawatan untuk menjadi ahli ibadah tidak boleh diterima.
Seorang lagi pengguna Facebook yang mengunakan nama Amir Izhar pula mempersoal Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat di beberapa masjid dan bertanya kenapa tidak menjenguk masyarakat Orang Asli, katanya.
“Kami mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat pemilik 2 akaun yang menghina Yang di-Pertuan Agong ini dan bawa individu yang melakukan penghinaan tersebut ke muka pengadilan sebagai pengajaran,” katanya.
Beliau ditemui di sini hari ini selepas menyampaikan memorandum kepada Setiausaha Bahagian, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, M. Janagarajan, yang menyatakan akan menyampaikan memorandum berkenaan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top