pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nur Jazlan: Tun Dr Mahathir Guna "Pembangkang", Untuk Kembali Berkuasa !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU:  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menggunakan pihak pembangkan...

JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menggunakan pihak pembangkang kembali mendapatkan kuasa, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata ahli politik veteran itu tahu bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai calon Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Satu-satunya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sekarang berada dalam penjara, jadi Tun M akhirnya akan mencadangkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau anaknya," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Menasihati pengundi di Johor supaya berfikir mengenai masa depan, Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata kerajaan negeri telah melalui perkembangan yang pesat.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, rakyat Johor harus praktikal dan menumpukan kepada faedah jangka panjang dan bukannya mencari kesalahan terhadap apa yang dilakukan kerajaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top