pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nur Jazlan: "Pengalaman" Maria Ketika Di Tahan Bukan Luar Biasa
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Layanan yang diberikan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ketika ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamat...
PETALING JAYA: Layanan yang diberikan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ketika ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA  baru-baru ini adalah sebahagian daripada prosedur biasa (SOP), menurut Datuk Nur Jazlan Mohamed.
“Beliau hanya melalui SOP normal oleh polis dan ini menunjukkan dia tidak menerima apa-apa layanan istimewa,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri itu.
Semalam, Maria yang ditahan dari 18 ke 28 November di sebuah lokasi rahsia mendedahkan 8 pegawai Cawangan Khas bergilir-gilir menyoal siasat beliau sepanjang hari, selain dipaksa berjalan ke bilik soal siasat dengan gari dan memakai kaca mata hitam.
Beliau juga dilarang memakai pakaian dalam dan ia menimbulkan keadaan tidak selesa kerana semua penyiasat adalah lelaki.
Maria disiasat selepas dituduh mendapat dana luar negara untuk menjalankan aktiviti menentang kerajaan.
Nur Jazlan menjelaskan selain pakaian dalam, seseorang tahanan juga dilarang memakai tali pinggang, tali leher dan pakaian lain yang dibimbangi boleh dijadikan alat mendatangkan kecederaan.
“Kamu boleh mencekik diri kamu dengan pakaian dalam kerana ia boleh dijadikan tali,” katanya.
Nur Jazlan berkata Maria tidak akan dihalang daripada menceritakan pengalamannya ketika ditahan kerana apa yang dilaluinya adalah biasa.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top