pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAIP: Gangguan Bekalan Air Di Daerah Maran Pada 6 Dan 7 Disember
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Lebih 7,000 akaun pengguna di daerah Maran akan mengalami gangguan bekalan air selam...

KUANTAN: Lebih 7,000 akaun pengguna di daerah Maran akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula Selasa depan (6 Disember).

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu akan melibatkan lebih 20 kawasan berikutan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan dan pengujian pam air mentah di Loji Air Jengka Utama.

Kawasan terlibat ialah Felda Jengka 10, 14, 15, 16, 20, 21, 22, 24, 25, Rumpun Makmur, Bandar Jengka, UiTM, Kawasan Kilang, Rantau Perintis, Desa Jaya, Taman Jengka Impian 1 dan 2, Permatang Shahbandar, Taman Jengka Mahkota, Kampung Gunung Senyum, Kampung Durian Hijau dan Kampung Bukit Nikmat.

Menurut kenyataan itu gangguan bekalan air itu akan bermula dari 11 pagi 6 Disember hingga 11 pagi 7 Disember depan, dan sehubungan itu, pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya.

Pengguna boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999 jika ada pertanyaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top