pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pakatan Harap Di Kaji Semula, Tak Manis Batal Undangan Kepada Dr M
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pakatan Harapan berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memanjangkan sem...
PETALING JAYA: Pakatan Harapan berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memanjangkan semula undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana kejadian membatalkan undangan kepada bekas Perdana Menteri itu tidak sepatutnya berlaku.
“Kami kesal ini berlaku, ia tidak sepatutnya berlaku. Walaupun Pakatan tidak boleh berbuat apa-apa, kita berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pertimbangkan.”
“Ini kerana semua bekas Perdana Menteri dan ketua pembangkang diundang. Jadi nampak tak manis apabila ada bekas PM tidak diundang,” kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
Semalam, media sosial giat berkongsi 2 surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, masing-masing ditujukan kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, memaklumkan mereka tidak dapat menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Agong baharu dibatalkan.
Antara lain, ia menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.
“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” kata Syed Danial dalam surat itu.
Saifuddin mengesali jemputan yang sudah diberi terpaksa dibatalkan, terutamanya apabila kepimpinan parti pembangkang mendokong institusi Raja-raja Melayu.
“Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan meterai perjanjian Januari tahun lalu, dan salah satu intipati perjanjian itu menyokong institusi Raja Berperlembagaan.” #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top