pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas:"Jentera Pilihan Raya" PAS Tanjung Lumpur Pula Tolak Fuziah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Kedudukan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh  kini kian terancam apabila sokongan PAS terhadap kepimpinan beliau kini terus...

KUANTAN: Kedudukan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh  kini kian terancam apabila sokongan PAS terhadap kepimpinan beliau kini terus ditolak. Terdahulu, PDO mendedahkan dua UPU PAS berbuat demikian, akibat kecewa dengan pendirian Fuziah yang tidak berterima kasih atas sokongan mereka menaikkan pemimpin itu dalam dua pilihanraya umum sebelum ini.


Terkini, Jentera Pilihanraya Parti Islam SeMalaysia (PAS) DUN Tanjung Lumpur pula mengumumkan penangguhan segala bentuk program dan gerak kerja bersama PKR Kuantan menjelang pilihn raya umum ke-14 nanti. Perkara itu dimumkan dalam satu kenyataan rasmi oleh Sulong Jaafar, Setiausaha JPRD PAS DUN Tanjung Lumpur yang diedarkan semalam. 



Cawangan PAS yang terlibat ialah Perkampungan Sg Isap 2, Perkampungan  Sg Isap, Perkampoungan Sg Isap Fasa 2, Tanah Putih Baru, Kampung Peramu dan PAS Cawangan Berjaya Permai.



Menurut kenyataan tersebut, tindakan terpaksa diambil kerana kebiadapan Fuziah Salleh terutamanya kenyataan panas yang beliau tuijukan kepada PAS. 



"Segala bentuk rundingan dengan PKR Kuantan ditutup, sehingga beliau meminta maaf secara terbuka kepada pihak PAS .. Kami bertanggungjawab untuk menjaga  parti kami daripada kebiadapan sesiapa jua. Keputusan telah dibuat sebulat suara dalan mesyuarat MTD Tanjung Lumpur", kata kenyataan tersebut.

DUN Tanjung Lumpur berjaya dimenangi oleh PAS menerusi Ustaz Rosli Abdul Jabar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Dengan perkembangan terbaru ini, ia pasti menyulitkan lagi keadaan Fuziah untuk mempertahankan kerusi tersebut sebenarnya.  #PDONEWS

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Thursday, December 08, 2016 11:04:00 AM

Jentera parti Pas tak menentukan kemenangan Pas apatah lagi menentukan kekalahan parti lain....... walaubagaimana pun tahniah Pas kerana tak mau menang, Olamak kleptokrasi hanya nak menangkan Ameno.Tahniah.

Anonymous said... Thursday, December 08, 2016 11:33:00 AM

PAS dah serasi dgn Umuno..Elok Pas dibubarkan dan masuk Umono..Pas boleh islamkan orang2 umuno ala islam Pas...rompak tak haram..terima derma dari wang rompakan pun halal...Pas bertanding pilihanraya bukan untuk menang...untuk politik matang yg sejahtera...

Anonymous said... Thursday, December 08, 2016 9:00:00 PM

Jangan sibuk nak PAS bubar. Yg betul PAN dan PKR yg kucar kacir tu yg elok dibubar dan masuk DAP. Boleh tolong selesai kes bungalow PP dan air SPLASH Slgor. Baru dapat satu dua negeri dah buat hal. Kalau dapat Putrajaya lagi makan besar, sebab professional tentu lagi pro.
Ada MB Slgor yg bagus difitnah. Andai kata LKS jadi PM, pun nanti kena fitnah jaja buku 90 muka surat... kesian apek tu.
Kumpulan pro jangan marah ye .. e m m m m

 
Top