pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Pahang "Kekalkan Pendirian" Tolak Kerjasama Dengan Amanah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang kekal dengan pendirian enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan tidak be...

KUANTAN: Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang kekal dengan pendirian enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin tertinggi parti itu.

Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabbar berkata, tidak sepatutnya Amanah merayu kepada PAS kerana keputusan telah dibuat dan sudah berulang kali PAS tegaskan untuk tidak bekerjasama dengan parti berkenaan.

“Apakah munasabah PAS akan bekerjasama dengan parti ditubuhkan kerana kekecewaan apabila kalah dalam pemilihan muktamar PAS.

“Kemudian mereka bawa lari kerusi yang ditandingi atas nama PAS,” katanya kepada pemberita ketika Program ziarah di Peramu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyatakan kewajaran PAS diberikan tempoh untuk menentukan pendirian mereka dalam percaturan politik negara.

Kelmarin, Dr Mujahid memaklumkan tarikh akhir perlu ditetapkan kepada Pas untuk membuat keputusan sehingga hujung 2016 dan sekiranya PAS tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan, parti terbabit boleh disifatkan sebagai sekutu BN.

Rosli berkata, Amanah tidak perlu menentukan tarikh akhir untuk membuat keputusan bersama PAS.

“Pas telah lama buat keputusan untuk tidak bersama DAP dan Amanah. Pas juga tidak akan bersama Umno, sebaliknya Amanahlah parti yang mengambil alih tugasan Umno dengan menghentam dan memfitnah PAS.

“Malah parti itu juga melakukan pecah belah kepada Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.

Dalam pada itu, PAS menasihatkan Amanah supaya berhenti membuat kerja sia-sia dengan merayu PAS untuk bersama mereka.

Malah, katanya, PAS juga tidak akan menyerahkan walaupun satu kerusi pun kepada Amanah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Surat said... Tuesday, December 13, 2016 12:29:00 PM

sgt baik pendirian pas Pahang ini.

TAHNIAH PAS PAHANG

kenapalah susah sgt pemimpin atasan pas utk berpendirian jelas begini?

mereka seperti ada agenda besar yg penuh tipu daya.

mungkin dgn membatn ubn utk menang PRU14 akan menyebabkan najib terhutang budi kepada pas.

mungkin selepas itu pas akan masuk bn dan boleh menagih jawatan selepas dibuktikan jasanya membantu umno bn menang melawan PH yg semakin mara...itup pun jika bn menang lah.

TIDAK MUSTAHIL 'SURAT' ZAHID YG HENDAK JATUHKAN NAJIB ITU ADALAH DR SUMBER2 PAS. kerana jika zahid dibuang, jika bn menang dgn bantuan pas, maka pas ada alasan sgt kukuh utk minta jawatan TPM.

surat itu tidak logic dtgnya dr zahid atau PH.

Anonymous said... Tuesday, December 13, 2016 2:47:00 PM

Apa la yg dimerapukan oleh Said ni...
Dah itu dinyatakan oleh mereka, terimalah kenyataan. Kalian boleh bersekongkol dgn parti yg telah memecahbelahkan parti lama, masakan mereka boleh terima dgn pengkhianatan ini?
Logik difikir, bahaya musush tersembunyi adalah lebih besar dari musuh yang nyata. Ituah diibaratkan dgn anda yang telah tewas dgn chai sendiri dlm pemilihan muktamar dulu. Bukannya kami dalam PAS ni bengap belaka. Bila tanya isu besar spt Syiah, pemimpin PAN tidak pula mengaku, tp di Kedah yang kelauar sertai PAN ramai dh declare anuti Syiah. Kami tidak buta atau pekak.
Jd, selamatlah Bersatu & PKR dgn anda, supaya mereka tidak pula jadi seperti parti lama anda yang telah dikhianati lg dibenci sgt2...

 
Top