pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Paulsen Dan Mandeep" Berikan Keterangan Kepada Polis Isu Dana Asing
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Aktivis dari Lawyers for Liberty dan Bersih 2.0 memberikan keterangan kepada polis selepas dipanggil untuk disoal siasa...
KUALA LUMPUR: Aktivis dari Lawyers for Liberty dan Bersih 2.0 memberikan keterangan kepada polis selepas dipanggil untuk disoal siasat berhubung dana yang didakwa diterima daripada Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF).
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen tindakan itu sebagai 'menyasarkan pihak yang tidak sepatutnya' berhubung dakwaan konspirasi untuk menggulingkan kerajaan menerusi dana asing.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar bangunan polis Bukit Aman pada Selasa, sejurus selepas memberikan keterangannya.
Katanya, organisasi yang dipanggil untuk disoal siasat berhubung isu itu semuanya telus dan tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Peguamnya, S. Sivarasa berkata, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pemerhati hak asasi manusia Suaram dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) turut akan dipanggil ke balai polis bagi memberikan keterangan mereka berhubung isu sama, masing-masing pada Rabu dan Khamis.
Sivarasa berkata, maklumat berhubung dana Bersih secara terbuka diisytiharkan oleh pertubuhan itu sebelum ini dan beliau meminta supaya mengakhiri perkara berkenaan.
Menurut Sivarasa, setiap aktivis disoal siasat polis selama tidak lebih dari 30 minit. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top