pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pegawai Dakwah JAIP, Jadi "Juara" Pencetus Ummah Musim Keempat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KAJANG:  Pegawai dakwah iaitu Nor Hamizi Jamaluddin diumumkan sebagai juara rancangan realiti agama, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ...

KAJANG: Pegawai dakwah iaitu Nor Hamizi Jamaluddin diumumkan sebagai juara rancangan realiti agama, Pencetus Ummah (PU) musim keempat dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini malam Khamis.

Kemenangan pemuda berusia 41 tahun itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Pada pertandingan akhir itu Nor Hamizi memilih tajuk Aduhai Ummah dan Andai Semalam Milikku.

Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Zulkornain Md Rejab, 42, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing menjadi milik Akram Ikrami Taib Azamudden,27 dan Raihan Husni, 26.

Pemenang kedua mendapat wang tunai RM30,000 manakala bagi tempat ketiga dan keempat memperoleh wang tunai RM20,000 dab RM10,000 bersama trofi.




Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datuk Ustaz Badli Shah Alauddin dan Pengurus Saluran Astro Oasis Fuad Mat Ali.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan sistem pemarkahan sebanyak 70 peratus oleh juri di studio sementara selebihnya adalah pilihan penonton.

Antara juri terlibat dalam PU musim ini ialah Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Farah Fauzana dan Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani sebagai juri jemputan.

Pentas akhir Pencetus Ummah ini dihoskan oleh Faizal Ismail dan PU Azman.

Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top