Pemandu "GrabCar" Yang Tunjuk Kemaluan Kepada Penumpang Di Dakwa

PETALING JAYA: Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang menunjukkan kemaluan kepada seorang penumpang wanita awal Nov lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
M Vijayakumar, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Hassan.
Dia yang merupakan seorang jurutera didakwa mengganggu kesantunan dengan cara menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita berumur 20 tahun itu di dalam sebuah kereta jenis Nissan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), Kota Damansara, di sini pada 12 tengah hari, 5 Nov lalu.
Perbuatannya itu tersiar viral di laman sosial.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin manakala M Vijayakumar yang diwakili peguam Mohd Shazwan Mohd Hassan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum.
Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu sekiranya terdapat laporan polis mengenai salah laku kesantunan terhadap tertuduh sepanjang kes, jaminan terhadapnya akan dibatalkan serta merta.
Mahkamah menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]