pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penyanyi Lagu "Careless Whisper", George Michael Meninggal Dunia
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
LONDON : Penyanyi pop terkenal Britain, George Michael yang mula mencipta populariti dengan kump...
LONDON: Penyanyi pop terkenal Britain, George Michael yang mula mencipta populariti dengan kumpulan muzik Wham! dan berjaya menjual lebih 100 juta album sepanjang kerjayanya, meninggal dunia pada usia 53 tahun semalam, kata pegawai serantanya.
“Dengan penuh rasa sedih kami mengesahkan George meninggal dunia di rumahnya pada Krismas.
“Ahli keluarganya meminta supaya privasi mereka dihormati pada waktu sukar dan penuh emosi ini. Tidak ada komen lanjut pada masa ini,” kata pegawai itu dalam satu kenyataan.
Michael dijadualkan melancarkan dokumentari pada 2017 selepas bertahun-tahun mengelak untuk bertemu orang ramai sehingga menyebabkan banyak media mengaitkannya dengan dadah.
Beliau terkenal dengan lagu seperti “Club Tropicana”, “Last Christmas”, “Careless Whisper” dan “Faith”.
“2016 – hilang satu lagi insan berbakat. Sayang dan simpati kami kepada keluarga George Michael,” kata kumpulan Duran Duran, yang turut sama terkenal pada zaman 1980-an bersama Wham! di akaun Twitter rasmi mereka.
Bekas penyampai radio BBC Radio One Tony Blackburn berkata: “Sukar dipercayai, George Michael meninggal dunia pada usia 53. Sangat menyedihkan, dia berbakat besar.”
Beberapa pemuzik British yang hebat meninggal dunia pada tahun ini termasuk David Bowie pada Januari dan pemain gitar Status Quo, Rich Parfitt yang meninggal dunia di hospital Sepanyol pada Sabtu.
Michael atau nama sebenarnya Georgios Kyriacos Panayiotou, lahir di utara London pada 1963.
Beliau bertemu Andrew Ridgeley di sekolah menengah sebelum menubuhkan Wham! pada 1981.
Dengan wajah tampan mereka, pasangan duet itu berjaya menawan hati peminat dan menjadi kupulan pop terbesar di Britain.
Pada 2011, beliau dimasukkan ke hospital di Vienna selama beberapa minggu kerana dijangkiti pneumonia, dan kemudian dikatakan sedang nazak. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top