pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mandeep Singh: Polis 'Salah Guna Kuasa', Tangkap Kartunis Zunar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pemimpin utama Bersih 2.0 melabelkan penangkapan kartunis kontroversi Zunar hari ...
PETALING JAYA: Pemimpin utama Bersih 2.0 melabelkan penangkapan kartunis kontroversi Zunar hari ini sebagai penyalahgunaan kuasa melampau manakala seorang peguam terkemuka menganggapnya gangguan polis.
Pada masa ini, Zunar masih di Balai Polis Dang Wangi, dengan 4 yang lain turut ditahan petang ini semasa memberi ucapan pada majlis “Minum Petang Bersama Zunar”.
Mereka ditahan pada majlis pengumpulan dana di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada kira-kira pukul 3 petang.
Zunar, atau nama sebenarnya Zulkilflee Anwar Ulhaque, dan penganjur acara Lawrence Jeyaraj sedang disiasat di bawah Seksyen 124 (c) terhadap aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
“Tiada asas menangkap Zunar kerana ia hanya satu majlis amal. Ini adalah salah guna kuasa,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat Bersih 2.0, Mandeep Singh ketika dihubungi.
Mandeep mempersoalkan rasional penangkapan Zunar di bawah Seksyen 124 (c), ia boleh dianggap sebagai ugutan oleh pihak polis.
“Bagaimana kartun diklasifikasikan di bawah Seksyen 124 (c)? Ini lawak paling kelakar. Ia membimbangkan kerana mereka boleh mengadakan serbuan tanpa waran. Bagi saya, ia adalah ugutan, “katanya.
Bulan lalu, Bersih 2.0 juga diserbu di bawah Seksyen 124 (c), yang kemudiannya menyaksikan penangkapan pengerusinya Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, satu akta yang biasanya berkaitan dengan kesalahan keganasan.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen juga menyuarakan sentimen yang sama, melabelkan tangkapan terbaharu Zunar ini sebagai keterlaluan.
“Polis mengganggu Zunar tanpa henti. Beliau ditangkap beberapa kali dan mempunyai 9 tuduhan hasutan,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.
Eric berkata, lukisan kartun satira tidak boleh dianggap feloni dan mengingatkan pihak polis menyiasat jenayah “sebenar”.
“Pihak polis mungkin tidak selesa tetapi ini adalah sebuah negara demokrasi. Pihak berkuasa mesti belajar bagaimana untuk hidup bersamanya. Mereka perlu menerima hakikat setiap orang mempunyai suara,” kata Paulsen.
Penangkapan Zunar kali ini hampir sebulan selepas beliau ditahan di Pulau Pinang atas keamanan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top