pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis: Hujan Luar Biasa Jadi Punca Tanah Runtuh Cameron Highlands
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
CAMERON HIGHLANDS : Insiden tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan di sini Ahad lalu...
CAMERON HIGHLANDS: Insiden tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan di sini Ahad lalu bukan berpunca daripada kegiatan pencerobohan tanah.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Hasadid A Hamid (foto) sebaliknya berkata, kejadian itu disebabkan taburan hujan melebihi kadar normal sehingga membawa kepada pergerakan cerun pada hari tersebut.
Katanya, berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi, pada hari kejadian, Tanah Rata menerima curahan hujan dari 2 petang sehingga 5 petang melebihi 100mm melepasi tahap normal 20mm.
“Hasil siasatan polis, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cameron Highlands mendapati banjir kilat dan tanah runtuh berpunca daripada curahan dan limpahan air hujan luar biasa,” katanya kepada pemberita di lokasi tanah runtuh membabitkan rumah peranginan Tenaga Nasional Bhd (TNB) ‘The Sharples’ hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu, runtuhan menyebabkan bahagian hadapan rumah penginapan itu serta 4 kenderaan rosak, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Selain itu, tanah runtuh dan pokok tumbang juga berlaku di Kilometer 55, Jalan Tapah-Tanah Rata berhampiran ladang Bharat Tea; Kilometer 59, Jalan Tapah-Tanah Rata berhampiran Oly Apartment; dan Jalan Perdah, manakala perumahan polis di Tanah Rata dilanda banjir kilat. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top