pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Panggil Saksi Kes Kanak-Kanak Putus Kemaluan Ketika Bersunat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kana...
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat menggunakan teknik pembedahan laser di sebuah klinik di Kajang semalam adalah benar.
Ketua Polis Kajang, ACP Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut.
“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda sehingga dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top