pahangdaily pahangdaily Author
Title: Presiden Amanah, Mat Sabu Pula Pertahankan Lawatan Hadi Ke Iran
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerima sokongan daripada seorang lagi seteru kuatnya Amanah, selepas kehadirannya ...
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menerima sokongan daripada seorang lagi seteru kuatnya Amanah, selepas kehadirannya di sebuah persidangan di Iran dikritik beberapa pihak.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata apa yang dilakukan Presiden PAS itu merupakan kebiasaan setiap tahun dan tidak ada kaitan dengan krisis di Syria.
“Lawatan Hadi itu rutin sejak zaman Imam Khomeini dan upacara tahunan,” katanya merujuk pemimpin Revolusi Islam Iran 1979.
Mat Sabu berkata persidangan Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran itu bertujuan mengeratkan perpaduan antara mazhab di mana tarikh Rabiulawal mempunyai pengertian tersendiri.
“Ulama Sunni mengatakan ulang tahun kelahiran (Maulud) Nabi Muhammad pada 12 Rabiulawal, Syiah pula berpendapat pada 17 Rabiulawal. Jadi Imam Khomeini menetapkan perbezaan hari itu sebagai miggu perpaduan setiap tahun,” kata Mat Sabu kepada FMT, sambil menambah Hadi pergi atas kapasitinya menganggotai Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top