pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rakyat "Jangan Terpedaya", Kerja Pembangkang Hanya Menghasut !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat tidak harus sekali-kali terpedaya atau mempercayai politik ilusi pe...
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat tidak harus sekali-kali terpedaya atau mempercayai politik ilusi pembangkang.
Beliau mengingatkan mereka supaya tidak termakan propaganda negatif pembangkang kerana mempercayai propaganda seperti itu akan menjadikan mereka kecewa akhirnya.
“Pembangkang punya kerja menghasut. Semalam saya tunjuk video YB Rafizi (Ramli) kata itu (menghasut) memang tugas pembangkang. Ia terkandung dalam video. Kerja pembangkang menghasut dan menghasut.
“Macam mana hendak menjawab perkara itu. Pembangkang tahu sekiranya seseorang itu tidak dapat meyakinkan orang ramai, kelirukan mereka, inilah yang mereka lakukan mengenai sesuatu isu, mereka akan cuba mengelirukan anda,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung myPPP ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir, presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden Kanan nmyPPP Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz dan naib presiden parti itu, Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Najib berkata pembangkang perlu mengemukakan rancangan mereka sekiranya tidak bersetuju dengan kerajaan pimpinan BN sekarang.
“Apa yang perlu kita minta daripada pembangkang ialah jika anda tidak bersetuju dengan kami, kemukakan rancangan anda…tapi mereka tidak mempunyai rancangan sewajarnya. Malah, hendak menentukan siapakah yang akan menjadi perdana menteri pun mereka tidak mampu…mereka lemah, mereka tidak percaya antara satu sama lain, juga, mereka tidak suka antara satu sama lain,” katanya.
Najib juga mempertahankan keputusan beliau membawa masuk pelaburan bernilai RM143 bilion dari China untuk menjamin masa depan negara ini, bukan kerana beliau ingin menjual kedaulatan negara kepada China seperti yang didakwa pihak tertentu.
“Apa bezanya antara pelaburan dari China, Jepun, Amerika, apakah bezanya? Tidak ada bezanya!
“Saya berharap, sekiranya saya ke India, saya akan bawa masuk pelaburan dari sana juga. Itulah niatnya, kita perlu bawa masuk pelaburan,” kata beliau.
Mengenai politik, perdana menteri berkata kerajaan BN mentadbir negara ini berdasarkan pengalaman, prinsip dan akhlak, termasuk parti komponen seperti myPPP, yang sentiasa bersama BN ketika susah dan senang.
“Saya juga tahu tentng politik Machiavellian iaitu matlamat menghalalkan cara…tetapi itu hanyalah kata-kata politik, kita tidak boleh tadbir negara ini mengikut politik Machiavellian,” katanya.
Terdahulu, Kayveas dalam ucapannya, berkata pemimpin sejati perlu belajar menapis propaganda supaya rakyat menyokong pihak yang benar dan menolak tidak benar.
“Propaganda, apabila berlebihan, akan menjadi fitnah. Apabila medan politik menjadi medan fitnah, demokrasi akan hancur dan fitnah boleh merosakkan pemikiran rakyat sehingga mereka tidak boleh berdamai,” katanya.
Beliau berkata biar Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi medan untuk rakyat menilai dan memilih kerajaan yang benar-benar membela nasib mereka.
Sebelum itu, beliau berkata sehingga kini, myPPP melaksanakan 1,725 program transformasi sosial, termasuk #myEnglish for Youth, #myEnvironment for Putera, #myHomeSafety for Puteri dan #myWill. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top