pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ram Karpal: RUU 355 Tetap Tidak Sah, Walau Pun Di Usul Kerajaan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pindaan yang dicadangkan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah tetap menyalahi perlembagaan walapun ia diusu...
PETALING JAYA: Pindaan yang dicadangkan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah tetap menyalahi perlembagaan walapun ia diusulkan kerajaan, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Ramkarpal Singh berkata, usul terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ia tidak menjadi betul diambil kerajaan.
“Oleh itu, pendirian DAP tidak berubah tanpa menghiraukan siapa yang mengusulkan pembentangan rang undang-undang itu kerana sifatnya tetap sama,” kata Ramkarpal dalam satu kenyataan.
Beliau menjawab Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Ahmad Maslan yang berkata semua komponen BN harus menyokong cadangan pindaan itu selepas usul Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang diambil alih kerajaan.
DAP, yang bertegas Malaysia perlu mengekalkan ciri-ciri sekularisme, tidak bersetuju dengan sistem dwi undang-undang. Cadangan itu menyalahi hak perlindungan saksama di bawah undang-undang.
Ramkarpal, yang merupakan seorang peguam, berkata kenyataan Ahmad Maslan mengesahkan kecurigaan terhadap wakil rakyat BN, iaitu sekadar penyokong kerajaan tanpa menghiraukan kontroversi usul berkenaan.
“Kenyataan Ahmad Maslan berbunyi seperti arahan kepada semua wakil rakyat BN untuk menyokong usul yang dicadangkan Hadi,” katanya.
Hadi, yang juga merupakan Presiden PAS, berkata parti komponen BN tiada sebab untuk menentang rang undang-undang itu memandangkan ia sudah diambil kerajaan.
Ramkarpal menggesa parti komponen BN kini perlu menyatakan pendirian secara jelas kerana kebisuan mereka akan dilihat sebagai sokongan.
“MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN lain yang menentang rang undang-undang itu ketika ia dicadangkan Hadi perlu menyahut, kerana kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan mereka dilihat menyokongnya,” kata Ramkarpal.
Pada sidang Dewan Rakyat lepas, Hadi menangguhkan usul membahas rang undang-undang memperkasa mahkamah syariah dengan hukuman 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 rotan.
Hukuman jenayah syariah sedia ada terhad kepada 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 rotan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengambil usul itu di persidangan agung Umno baru-baru ini.
Peguam Surendra Ananth berkata usul itu boleh membuka laluan kepada pelaksanaan hudud, yang dinafikan PAS.
Surenda, yang merupakan timbalan pengerusi bersama jawatankuasa undang-undang perlembagaan Badan Peguam, berkata kesalahan qazaf, al-lian dan syurb boleh dilaksanakan di semua negeri.
Surenda berkata Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993 (pindaan 2015) memperuntukkan hukuman bagi 8 kesalahan hudud dan 3 daripadanya boleh dilaksanakan sekiranya hukuman maksimum diluluskan Parlimen.
Katanya, kesalahan qazaf (tuduhan zina palsu) dan al-lian (tuduhan zina palsu oleh suami terhadap isteri) membawa hukuman 80 sebatan. Manakala kesalahan syurb (minum minuman yang memabukkan) boleh dikenakan hukuman minimum 40 sebatan hingga maksimum 80 sebatan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top