pahangdaily pahangdaily Author
Title: RM18.4 Juta, "Mara Digital Mall" Catat Jualan Memberangsangkan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Mara Digital Mall mencatat jualan berjumlah RM18.4 juta sehingga November ...
KUALA LUMPUR: Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Mara Digital Mall mencatat jualan berjumlah RM18.4 juta sehingga November lalu, kata menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah jualan itu sekali gus menangkis pandangan sinis
pihak tertentu kononnya Mara Digital Mall tidak akan bertahan lama.
“Ia satu jumlah memberangsangkan. Kami juga mendapati penyewa yang mendapat sewa percuma selama 6 bulan meneruskan perniagaan mereka menandakan pasaran mereka di sini (Mara Digital Mall) adalah baik,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Mara Digital Mall di Bangunan Mara, semalam.
Beliau berkata, jumlah itu termasuk jualan berjumlah RM1.02 juta di Anggerik Mall, Shah Alam yang dibuka sejak 6 bulan lepas.
Mara Digital Mall Kuala Lumpur dilancarkan 8 Disember 2015 dan kini mempunyai 38 lot perniagaan dengan 27 usahawan IT.
Sementara itu, bagi 2017, 5 lokasi lagi dikenal pasti di seluruh negara bagi pembukaan pusat IT berkenaan.
Ia termasuk di Bangunan Air Melaka, di Melaka, Plaza Paya Bunga, Kuala Terengganu (Terengganu), Plaza Larkin, Johor Bahru (Johor), Bangunan Mara Kuantan (Pahang) dan di Kota Bahru, Kelantan, yang dijangka dibuka pada Mac hingga Julai tahun depan.
“Bagi negeri yang belum dikenal pasti lokasinya kami akan usahakan kerana kami sasarkan sekurang-kurangnya setiap negeri mempunyai sebuah digital mall menjelang akhir tahun depan,” katanya.
Tambahnya, Mara Digital akan meneruskan konsep dibuka di bangunan Mara atau kerajaan yang kurang mendapat sambutan orang ramai bagi melonjakkan ekonomi di lokasi berkenaan.
“Kami sasarkan di setiap lokasi yang dibuka akan memanfaatkan minimum 30 usahawan ICT dari negeri berkenaan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top