pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rohingya: Dr Mahathir Bingung Najib Tak Guna Kuasa Perdana Menteri
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bingung mengapa Datuk Seri Najib Razak...
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bingung mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan kuasa selaku Perdana Menteri, sebaliknya turun menunjuk perasaan.
“Ketika saya menjadi PM dan Aung San Suu Kyi ditangkap, saya tulis surat dan hantar seseorang bertemu beliau.
“Saya sendiri berjumpa pihak berkuasa Myanmar dan bawa mereka lihat kebaikan demokrasi kerana pada peringkat itu (antara eksekutif) kita tak perlu menunjuk perasaan,” katanya dalam satu sidang akhbar di persidangan tahunan DAP hari ini.
Jelasnya tunjuk perasaan merupakan suatu bentuk penentangan terhadap penguasa, bukan digunakan oleh penguasa terhadap penguasa lain.
“Hari ini saya menunjuk perasaan tetapi saya tidak lagi dalam kerajaan.”
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau dijemput menghadiri tunjuk perasaan untuk etnik Rohingya di Stadium Titiwangsa di ibu negara, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Turut hadir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak menerima sebarang jemputan.
“PKR tidak dijemput secara khusus, cuma ditanya secara terbuka,” kata Wan Azizah.
Beliau bersetuju tiada keperluan untuk seorang perdana menteri menunjuk perasaan.
“Najib diberi kuasa selaku ketua kerajaan. Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan mengambil pendekatan antara kerajaan.” #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top