pahangdaily pahangdaily Author
Title: Roslan Madun Rasa Terkilan Sikap Kerajaan Negeri Terhadap Aktivis Seni Pahang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Aktivis teater terkenal kelahiran Kampung Durian Tawar, Mengkarak iaitu Roslan Madun m...

KUANTAN: Aktivis teater terkenal kelahiran Kampung Durian Tawar, Mengkarak iaitu Roslan Madun meluahkan rasa terkilan diatas sikap Kerajaan Negeri Pahang yang tidak memberikan sokongan penuh terhadap aktiviti seni di negeri ini. 

Roslan yang telah menyelidik dan mempopularkan lagu rakyat sejak tahun 1981 itu mendakwa beliau amat kesal kerana ketiadaan kerjasama erat oleh Kerajaan Negeri Pahang menyebabkan banyak aktiviti seni gagal dilaksanakan dengan baik gara-gara kekurangan sokongan terutamanya dari segi dana kewangan. 

Roslan yang cukup popular menerusi lagu "Menghilir Sungai Pahang" dan "Lemak Manis" berkata beliau amat hairan dengan sikap acuh tak acuh Kerajaan Negeri Pahang dalam menyokong aktiviti anak-anak seni terutamanya melibatkan anak kelahiran negeri ini. Malah katanya, anak-anak seni Pahang terpaksa mencari dana dan sumber kewangan sendiri untuk memajukan aktiviti seni di negeri ini sejak sekian lama, walau pun pemimpin yang memegang portfolio berkaitan bertukar ganti. 



Terbaru,  program "Teater 3 Negara" yang akan diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang di Bandar Jengka pada 20 Disember 2016 ini. Beliau yang juga merupakan Presiden Majlis Teter Pahang merangkap Pengarah Program Teater 3 Negara kesal kerana ketiadaan sokongan dana daripada kerajaan negeri untuk membantu program ini sedangkan ia diadakan di negeri Pahang sendiri. 


"Teater 3 Negara" akan melibatkan aktivis teater terkenal seperti Dinsman, Dato A. Tamimi Siregar, Fazita Mohammad, Afiza Asram dan Azmy Ahamad (Malaysia), Adi Swara (Kumpulan Putra Seni Brunei), Fozan Santa (Indonesia - Pendiri Sanggar Nuun) CubeArts Stage Performance KL dan Grup Teater Politeknik Mersing. Program adalah anjuran Majlis Teater Pahang, Dewan Bahasa Pustaka, UiTM Pahang, Akademi Seni ND Lala, Picture House Studio dan CubeArts Stage Performance.

Orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan program tersebu. #PDONEWS


Advertisement

Post a Comment




 
Top