pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saiful Bukhari 'Harap', Keputusan Mahkamah Akhiri Perjalanan Kes Liwat II
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan berharap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengak...
PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan berharap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakhiri perjalanan kes Liwat II, yang berlarutan sejak Februari 2010.
Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun sedar kes seks luar tabii itu akan terus digunakan sebagai modal politik.
“Sebagai pengadu, saya berharap dan mendoakan, perjalanan melalui proses mahkamah ini sudah sampai ke penghujungnya.
“Walaupun realitinya, saya tahu ia bukanlah titik noktah bagi sesetengah pihak yang sentiasa menjadikan aduan saya sebagai modal politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di blognya, hari ini.
Di Mahkamah Persekutuan hari ini, panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak permohonan semakan kes oleh Anwar, dalam cubaan terakhirnya untuk membersihkan diri daripada sabitan tuduhan liwat.
Hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Kini, satu-satunya pilihan yang tinggal ialah untuk memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
Selepas 8 tahun sejak laporan polis dibuat pada 2008, Saiful dan keluarga menerima keputusan mahkamah tertinggi yang “sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar”.
“Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau.
“Mereka ini seakan tidak menghiraukan nasib dan perasaan saya selaku pengadu atau mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini.
“Ternyata pada mereka ini, kuasa dan survival politik lebih penting daripada keadilan seorang insan kerdil,” katanya.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 2008.
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun lalu mengekalkan hukuman itu, 11 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada hukuman penjara 6 tahun kerana disabitkan pertuduhan rasuah.#sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top