pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saksi Terawal Nampak Bas Terbang Sebelum Terjunam Ke Curam Sedalam 10 Meter
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PAGOH: Saksi terawal kejadian tragedi bas ekpress yang mengorbankan 14 nyawa di Kilometer 137.2  arah utara awal pagi tadi memaklumkan b...

PAGOH: Saksi terawal kejadian tragedi bas ekpress yang mengorbankan 14 nyawa di Kilometer 137.2  arah utara awal pagi tadi memaklumkan bas berkenaan 'terbang' sebelum terjunam ke sisi lebuh raya.

Ahmad Fahmi Khairuddin, 19, yang tinggal di Kampung Jayor kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian bersama tiga rakannya berada di luar rumah ketika kejadian berlaku.

"Saya baru habis main Saidina, dah nak masuk dalam sebelum terlihat ada bas yang meluru laju dan bergesel tiang letrik dan melanggar tembok sebelum terjunam di jalan kampung.

"Saya dan rakan terus ke lokasi kejadian dan mendengar jeritan dan mangsa meminta tolong, kami cuba beri bantuan awal tetapi keadaan amat gelap," katanya.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu mengorbankan 14 nyawa daripada 30 penumpang bas ekpress yang dalam perjalanan dari Johor Bahru- Kuala Lumpur.

Hasil siasatan awal polis mendapati bas dipercayai dipandu laju lalu terjunam ke dalam curam sedalam kira-kira 10 meter sebelum merempuh benteng konkrit terowong di Kampung Jayo.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 3.59 pagi dan tiba di tempat kejadian 45 minit kemudian bersama 27 anggota dan tiga jentera.

Operasi selesai sepenuhnya pada jam 7.10 pagi tadi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top