pahangdaily pahangdaily Author
Title: Salahuddin Ayub: Amanah "Tolak" Cadangan Bergabung Dengan PKR
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Timbalan Presiden Amanah hari ini menamatkan cadangan penggabungan parti itu bersama PKR, dengan mendakwa idea itu tidak...
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah hari ini menamatkan cadangan penggabungan parti itu bersama PKR, dengan mendakwa idea itu tidak pernah timbul sama sekali.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawat saya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyuarakan pandangan mengenai idea perlunya penggabungan antara Amanah dengan PKR dan berharap hubungan kami akan kekal kukuh,” kata Salahuddin Ayub dalam kenyataan hari ini mewakili ahli dan pemimpin Amanah.
Semalam, Azmin yang merupakan timbalan presiden PKR berkata, beliau terbuka kepada cadangan penggabungan yang mula dikemukakan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.
Menteri besar Selangor itu berkata, cadangan berkenaan memerlukan lebih banyak perbincangan memandangkan dinamik berbeza antara kedua-dua parti itu.
Salahuddin berkata, Amanah bersama DAP serta PKR membentuk Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan peranan parti itu semakin penting susulan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pakatan berkenaan.
Khamis lalu, Afif berkata, Amanah berkongsi nilai sama dengan PKR dan penggabungan 2 parti itu adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua parti sejak kebelakangan ini berpunca daripada pengagihan kerusi pada PRU akan datang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top