pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kes 1MDB: Saman DoJ Diteruskan, Permohonan Keluarga Jho Low Di Tolak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
LOS ANGELES: Usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menyita kira-kira AS$1 bilion (RM4.42 bilion) aset didakwa diperoleh menerusi penyelewen...
LOS ANGELES: Usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menyita kira-kira AS$1 bilion (RM4.42 bilion) aset didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada saudara mara Low Taek Jho, individu yang dikaitkan dalam skandal itu.
Hakim persekutuan di Los Angeles pada Isnin memutuskan ahli keluarga Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak boleh campur tangan dalam tuntutan saman kerajaan AS untuk menyita aset milik ahli perniagaan Malaysia itu.
Tuntutan saman itu termasuk kepentingan dalam EMI Music Publishing Group bernilai AS$100 juta, jet Bombardier AS$35 juta dan kepentingan dalam Hotel Park Lane di New York (AS$380 juta).
Bagi menentang tindakan AS itu tanpa kehadiran Low, seramai 4 saudaranya, termasuk bapa dan abangnya cuba menggantikan pemegang amanah dari Switzerland yang enggan menentang pelucutan hak aset itu.
Menurut keluarga itu, pemegang amanah itu memaklumkan mereka bimbang dikenakan liabiliti jenayah jika terbabit dalam perkara itu.
Hakim Daerah AS Dale Fischer pada Isnin tidak membenarkan lebihan masa kepada keluarga Low untuk mendapatkan tindakan undang-undang di New Zealand dan Kepulauan Cayman, di mana mereka cuba menggantikan pemegang amanah kepada pihak yang sanggup mempertahankan kepentingan mereka.
Meskipun mereka ialah benefisiari amanah itu, ahli keluarga Low tidak mengawal aset dan oleh itu tidak layak memohon kepada mahkamah untuk melengahkan prosiding kes sitaan berkenaan, kata Fischer.
Hakim berkata permintaan mereka untuk campur tangan juga ditolak kerana mereka juga termasuk dalam tuntutan saman itu.
Robin Rathmell, peguam kepada ahli keluarga itu memberitahu hakim yang anak guamnya menjangka untuk memperoleh perintah mahkamah luar negara bagi menggantikan pemegang amanah paling awal pada bulan depan.
Jabatan Kehakiman (DoJ) membantah dan berkata ahli keluarga itu tidak mempunyai asas untuk mencabar pelucutan hak aset berkenaan.
Low sebelum ini berkata beliau memberikan khidmat rundingan kepada 1MDB dan tidak melanggar undang-undang.
Ahli keluarganya berkata tanpa pemegang amanah yang akan mempertahankan aset itu, ia mungkin akan menjadi milik AS.
Meskipun jika AS memenangi penghakiman, akan berlaku perbalahan undang-undang selama bertahun-tahun bagi membolehkan kerajaan benar-benar mengambil pemilikan hartanah dan pelaburan berkenaan, kata Raj Malviya, peguam perancang hartanah Miller, Johnson, Snell & Cummiskey Plc.
“Penghakiman AS tidak akan konklusif.
“Kerajaan perlu menguatkuasakannya terhadap amanah luar di bidang kuasa luar yang mungkin tidak memberikan keyakinan penuh dan kredit kepada penghakiman AS,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top