pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sany Hamzah: Amanah Kini 'Tiada' Keperluan Bergabung Dengan PKR
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Amanah tidak nampak keperluan untuk bergabung dengan PKR bagi mewujudkan blok ke-3 pembangkang, kata Ketua Pemuda Sany H...
PETALING JAYA: Amanah tidak nampak keperluan untuk bergabung dengan PKR bagi mewujudkan blok ke-3 pembangkang, kata Ketua Pemuda Sany Hamzan.
Menurutnya, ini disebabkan parti itu bersama PKR bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) ditambah dengan pembentukan pakatan pilihan raya bersama Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.
“Jadi saya rasa itu merupakan pandangan peribadi beliau,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan agar Amanah bergabung dengan mereka untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Dr Afif berkata, Amanah berkongsi nilai yang sama dengan PKR dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang.
Mengulas lanjut, Sany berpendapat gabungan pembangkang sepatutnya hanya satu sahaja.
“Kita kena ingat, dengan keadaan negara sekarang, kita perlu ada 2 blok sahaja. Tak boleh ada 3, 4 blok. Macam di Amerika Syarikat dan Britain. Mereka ada 2 blok sahaja.Justeru, apabila kita bersama duduk dalam PH, kita kena sokong PH bersama PPBM.
“Kita tak perlu ada blok lain, kerjasama lain. Cuma perbincangan dengan PAS, saya rasa boleh diteruskan tapi perlu ada tempoh masa.
“Sampai bila PH nak tunggu PAS sebab pilihan raya jangka masanya sudah tak lama dan kita perlukan persediaan awal untuk bersiap siaga,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, December 15, 2016 8:05:00 PM

PAN Imayam hanya akan bergabung dengan PKR jika jawatan KETUM diberikan kepada Mike Syabu TANPA perlu bertanding!
...ini kerana Mike Syabu masih MALU BESAR selepas kalah teramat teruk ketika Muktamar PAS terakhir yg beliau hadiri!

Anonymous said... Friday, December 16, 2016 11:58:00 AM

PAN Inayam adalah cabang melayu Dapigs

 
Top