pahangdaily pahangdaily Author
Title: Setiausaha Politik Khairy Nafikan, 'Khabar Angin' Beliau Meletakkan Jawatan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Khabar angin yang tersebar di media sosial mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan darip...

PETALING JAYA: Khabar angin yang tersebar di media sosial mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan daripada Kabinet adalah palsu.

Menerusi kenyataan pada Sabtu, Setiausaha Politik Khairy, Datuk Megat Firdouz Megat Junid (foto) berkata, semua khabar angin yang mendakwa bahawa Khairy telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Ketua Pemuda Umno atau Ahli Parlimen Rembau itu palsu.

"Harap sahabat-sahabat dapat lebih berhati-hati dengan taktik terdesak mereka ini.

"Moga penjelasan ini dapat mematikan fitnah yang sedang menjadi viral," katanya.

Menerusi mesej yang disebarkan itu juga dinyatakan bahawa penyokong Khairy sedang berkumpul di Putrajaya susulan dakwaan perletakkan jawatan itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top