pahangdaily pahangdaily Author
Title: V Sivakumar: Kerajaan Perlu Tegas Banteras Kegiatan Judi Atas Talian
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
IPOH: Kegiatan judi atas talian dilihat semakin berleluasa di negara ini akibat kurangnya keaz...

IPOH: Kegiatan judi atas talian dilihat semakin berleluasa di negara ini akibat kurangnya keazaman politik daripada kerajaan membanteras gejala tersebut.
Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar berkata, kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan polis dalam menangani isu terbabit dilihat tidak memberi kesan meskipun terdapat undang-undang khusus bagi membendung kegiatan tidak bermoral itu.
“Kegiatan judi atas talian ini adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang diletakkan di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia.
“Persoalannya ialah adakah undang-undang ini lemah atau perlaksanaanya tidak betul? Pada hemat saya tidak ada political will dalam menyelesaikan masalah ini. Kerajaan tidak serius dalam menangani perjudian atas talian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Timbalan Pengerusi DAP Perak itu turut mempersoalkan sama ada tindakan telah diambil pihak bertanggungjawab terhadap 1,161 aduan yang dilaporkan dari 2015 sehingga September 2016 memandangkan kegiatan itu tetap aktif sehingga kini.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, MCMC telah mengarahkan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menamatkan perkhidmatan sejumlah 12,499 nombor-nombor telefon yang menyebarkan perjudian atas talian sehingga September.
“Tetapi, ramai juga yang masih begitu bebas mempromosi dan berani terlibat dengan perjudian atas talian di luar sana,” ujarnya.
Justeru, Sivakumar yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP mencadangkan polis dan MCMC supaya bekerjasama memperkasakan kempen kesedaran secara meluas bagi memastikan orang ramai tidak terjebak dalam kegiatan judi atas talian.
“Selain itu, orang ramai juga perlu mengetahui bagaimana caranya untuk  membuat aduan kepada MCMC jika mereka menerima tawaran perjudian atas talian daripada pihak-pihak tertentu,” ujarnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top