pahangdaily pahangdaily Author
Title: SPAD Gesa Henti Sistem Komisen, "Naikkan Gaji" Para Pemandu Bas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SELAYANG:  Pemandu bas perlu dibayar gaji lebih tinggi untuk menamatkan sistem komisen yang diba...
SELAYANG: Pemandu bas perlu dibayar gaji lebih tinggi untuk menamatkan sistem komisen yang dibayar mengikut bilangan perjalanan, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menggesa kerajaan memperkenalkan kadar lebih fleksibel bagi tambang bas ekspres.
Beliau berkata dengan memperkenalkan tambang lebih baik akan menghentikan pemandu bas mengejar bilangan perjalanan untuk mendapatkan pendapatan lebih tinggi.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak boleh menggesa pengusaha bas swasta membayar kadar lebih tinggi kerana ia akan mengakibatkan “tutup kedai”.
“Komisen yang dibayar kepada pemandu bas bergantung kepada perjalanan … Ia akan memaksa pemandu mengejar perjalanan,” katanya.
“Kita perlu menggalakkan pengusaha bas membayar gaji lebih tinggi tetapi kita juga harus ingat bas ekspres bukan milik kerajaan.
“Oleh itu, kita harus membenarkan tambang lebih fleksibel. Ia bukan penyelesaian total tetapi sebahagian daripada penyelesaian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan barangan runcit dan pakaian kepada masyarakat Rohingya di Sekolah Rohingya Pelangi Kasih.
Dalam kemalangan yang berlaku pada malam Krismas, jam 4 pagi, 14 orang terbunuh dan 16 lain cedera selepas bas ekspres menuju ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter berhampiran Pagoh.
Kerajaan pada Mac tahun lalu mencadangkan kenaikan tambang bas ekspres, tetapi ditangguhkan berikutan kritikan orang ramai. Semakan terakhir tambang adalah pada 2009.
Syed Hamid turut mengemukakan masalah lain dialami industri bas ekspes.
Beliau berkata terdapat kekurangan pemandu bas kerana faktor minat yang rendah di kalangan rakyat Malaysia terhadap pekerjaan itu.
Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pengehadan kelajuan pada bas ekspres untuk menghentikan pemandu daripada memandu laju.
Beliau berkata negara seperti Amerika Syarikat menerima pakai kaedah itu terhadap kenderaan awam dan kereta sewa untuk membendung pemanduan melebihi had kelajuan.
Syed Hamid berkata SPAD tidak dapat berbuat banyak dalam menyelesaikan kemalangan maut melibatkan bas kerana bidang kuasanya terhad kepada pemberian atau menggantung permit pengendali.
Oleh itu, beliau menggesa kerajaan membenarkan SPAD membatalkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam pemandu, yang kini di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Monday, December 26, 2016 10:25:00 PM

Tolol macam paul baggio.....side hammid ni.Buat apa ada SPAD kalau tak guna kuasa utk melaksanakan kata2 atau perubahan. Macam buat demo utk rohingya saja....habuk pun takda apa2 perubahan. Elok mansoh je SPAD ni....tarak guna!




 
Top