SU Agong Pemuda MCA Beri Amaran Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO

PETALING JAYA: MCA menggesa Umno mengambil tindakan terhadap Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun kerana “menggugat masyarakat dan pendidikan Cina”.
Ini berikutan amaran Khairul kepada kaum China tentang implikasi jika mereka terus menjauhi Barisan Nasional (BN).
Khairul berkata, ia mungkin menyebabkan Putrajaya didesak agar memberi kurang perhatian kepada sekolah jenis kebangsaan Cina atau menghapuskan institusi itu sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Leong Kim Soon berkata ucapan Khairul, yang dibuat pada mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno semalam, menunjukkan beliau tidak menyedari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menyatakan sokongan pengekalan sekolah Cina.
Leong berkata Najib, yang juga presiden Umno, pada mesyuarat agung MCA ke-63 berkata, kerajaan akan bekerjasama rapat dengan parti berasaskan kaum Cina untuk membina lebih banyak sekolah jenis Cina atau SJKC.
“Jika Khairul tidak memahami apa dimaksudkan perdana menteri, beliau dan ahli Pemuda lain boleh bertanya kepada perdana menteri,” katanya sambil menambah ia menunjukkan sikap tidak hormat Khairul terhadap Najib.
“Umno perlu mengambil tindakan ke atas beliau supaya berhenti membuat kenyataan ekstrem mengenai orang Cina.” #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]