pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tuan Ibrahim: AMANAH Tidak Beri Sebarang "Nilai Tambah" Kepada PAS !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS hari ini berkata ia menolak sebarang kerjasama dengan Amanah kerana menganggap parti itu tidak memberikan sebarang ke...
KUALA LUMPUR: PAS hari ini berkata ia menolak sebarang kerjasama dengan Amanah kerana menganggap parti itu tidak memberikan sebarang keuntungan politik atau nilai tambah kepadanya.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia berbeza dengan kerjasama politik yang pernah dijalinkan PAS dengan parti lain seperti Semangat 46 dan PKR.
“Apabila Semangat 46 ditubuh, ia tarik orang UMNO. PKR tubuh, tarik orang UMNO.
“Tetapi Amanah tarik orang PAS. Tarik pembangkang kepada pembangkang tak ada nilai tambah. Ia akan timbulkan polemik,” kata Tuan Ibrahim.
Amanah ditubuhkan pada September tahun lalu, beberapa bulan selepas muktamar PAS yang menyaksikan kemenangan besar puak yang berpihak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mahu parti itu mengubah arah haluan dan menekankan pelaksanaan undang-undang Islam.
PAS pernah mengadakan kerjasama dengan Semangat 46, parti serpihan dianggotai bekas ahli Umno dan dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah selepas konflik dalaman Umno pada 1988, dan gandingan itu berjaya merampas Kelantan daripada UMNO pada pilihan raya 1990.
PAS juga mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP, sebelum memutuskan hubungan dengan DAP sehingga menyebabkan pembubaran Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim mendakwa Amanah tidak mempunyai sebarang kerusi dan hanya mahu mencari kekuatan menerusi kerjasama.
“Amanah nak kerjasama pasal ia mahu kerusi.
Kami pertahankan kerusi yang ada,” katanya dan menambah PAS selama ini mengorbankan kerusinya setiap kali pilihan raya kepada parti pembangkang lain. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Thursday, December 08, 2016 6:31:00 PM

Ameno tarik pas ok.....nasi tambah utk pas....kah kah kah lagi satu parti melayu olamak.he3 kawin je lah dgn ameno baru tak jadi maksiat.

Anonymous said... Thursday, December 08, 2016 6:48:00 PM

amanah bolh tolong pas kempen untk menang. tk kan tmti dh lupa.

Sembang said... Thursday, December 08, 2016 9:36:00 PM

Pas marah sangat dgn Amanah sebab hampir semua bijak pandai yg bekerja keras untuk Pas sebelum ni lari masuk amanah. Yang tinggal dlm Pas cuma puak walaun yg cuma cakap berdegar-degar, gerak kerja hampeh...

nordin Abu Bakar said... Thursday, December 08, 2016 10:03:00 PM

Pas elokla dikuburkn pd pru 14. Parti yg Menyemakkan kepala otak.. parti yg tidak boleh dipercayai kata2nya. Parti pembohong bersiri

Ahmad Uthman said... Friday, December 09, 2016 1:15:00 AM

Hebat sekali pandangan TITM ni, berdegar-degar melaungkan pendapat yang jauh kurang cerdik nya. Kita baca rasa nak tersengeh gelak kerana kelakar lawak orang tua ni. Memang sahih jika perbandingan Pendekar Mustar yang di gambarkan semasa Muktamar Pimpinan CAI PAS baru2 ni.

Kehebatan pimpinan kalau lah Timbalan Presiden makna nya sangat tinggi martabat nya. Jika Haji Hadi sekali lagi uzur bermakna TITM la Panglima Besar nya. Kalau la begini tahap pemikiran nya, memang betul la bahawa manusia yang sombong dan takbur ni Allah tak izin jadi pengelamat umat Malaysia. Saya yakin penasihat sekeliling tak ada kerja lain hanya dok pikir nak enjoy ja. Bermaana semua pandangan dalam blog serata yang jumlah beratus artikel tak ada sapa penasihat beliau yang bagitau, dah macam duduk bawah tempurung.

Cuba semak berita yang TITM sampaikan semasa beliau dan sorang lagi yang bengap dan 'slow type' Nik Abduh melawat Tabung Haji, TITM lah yang bagitau semua OK bagus dan telus, apa yang dia tahu pasal skandal dalam TH yang Ajiz punah kan ?

Elok la spesis bebal dan yang tidak gentelman berhadapan kebodohan mereka berpolitik. Biar Melayu Islam dan Anak2 Malaysia lain yang ada dalam Barisan Pembangkang menyelamatkan Negara. Its gone case to think about these goons.

Selamat Malam.

Cincin Palsu said... Friday, December 09, 2016 3:58:00 PM

bukan amanah Tarik org keluar pembangkang pas kpd pembangkang baru

tapi amanah menyelamatkan diri dpd pembangkang pas yg sedang disedt oleh umno.

amanah mempertahankan diri sebagai pembangkang sedangkan pas sedang dilamun cinta dengan umno

org sedang bercinta apabila dihadiahkan dengan cincin 24j RUU 355, maka tinggal ayah tinggal ibu, kerana cinta aku turutkan... itulah pas adanya

Cincin Palsu said... Friday, December 09, 2016 4:11:00 PM

AMANAH MEMANG TIDAK ADA NILAI TAMBAH KEPADA PAS...

GILA KE ORG SEDANG MENCINTAI UMNO TIBA2 NAK DITARIK SUPAYA BERPISAH...

MATI KERINGLAH ORG TU. MCM NORDIN AHMAD MATI KERING KERANA MENUNGGU AWEKNYA IKAN DUYUNG NAIK KE DARAT.

YG BOLEH MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA PAS IALAH UMNO DAN NAJIB SENDIRI.

TAPI... NAJIB DAN UMNO NI MCM NAK TK NAK JE KAT PAS. MCM CINTA ANAK DARA KAMPUNG YG TERGILA2 SORANG2 KT JANTAN PLAYBOY YG LAYAN LEBIH KURANG JE KAT DIA.

JANTAN TU NK TUNGGU BUNTING JE.. PASTU CABUT LAH.

KIRANYA PAS INI BYK BERJUANG BERASASKAN SEJARAH SEMATA2. SEJARAH BUKAN SEMESTINYA SAMA. SEJARAH BYK BOLEH DICIPTA BARU DAN LUAR JANGKA.

CONTOHNYA SAPA SANGKA PAS HJ HADI BOLEH MELUTUT KPD UMNO YG DIKAFIRKANNYA DULU.

SO FOR ME CKP2 RETORIK TITM BEGINI YG TIDAK ADA NILAI TAMBAH APA2.

OOOPPS ADA ADA... NILAI TAMBAH MENYAMPAH RAKYAT MALAYSIA KEPADA PAS YG TIDAK ADA PENDIRIAN JELAS KECUALI HENDAK MENGEKALKAN UMNO SELAMANYA. RELA DIPUKUL RELA BERKORBAN DIBENCI DEMI CINTA SEJATI.

Anonymous said... Friday, December 09, 2016 4:27:00 PM

Sombong nak mampus..ini ke perangai ularmak.

Anonymous said... Saturday, December 10, 2016 6:20:00 PM

Akhlak pas merosakkan imej Islam.

 
Top