pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Mahathir Sedia Jadi Penasihat Jika Pembangkang Menang PRU14
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menjadi penasihat kerajaan dan membersihkan keadaan...
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menjadi penasihat kerajaan dan membersihkan keadaan kucar-kacir dalam negara ini, jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bekas perdana menteri itu juga yakin pembangkang mampu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi negara.
“Jika mereka (pakatan pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan (persekutuan) dan biar saya jadi penasihat, saya akan buat apa yang mampu untuk selamatkan negara daripada masalah kewangan,” katanya dipetik Sin Chew Daily.
Jika tampuk pemerintahan negara bertukar tangan, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu optimis pembangkang boleh mendapatkan semula sekurang-kurangnya 50% dana Malaysia serta mencari pendapatan bagi menutup separuh daripada kerugian ditanggung negara.
Dr Mahathir berkata, jika Najib terus berkuasa, pembangkang sukar menyelamatkan Malaysia, walaupun mereka akhirnya dapat memimpin negara dan generasi akan datang bakal menjadi mangsanya.
Katanya, faktor utama beliau boleh berkuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan mengetuai Barisan Nasional memenangi 5 PRU disebabkan pembangkang tidak bersatu dan masing-masing hanya mengutamakan kepentingan diri.
Sehubungan itu, beliau menggesa parti pembangkang supaya bersatu, mengetepikan perbezaan masing-masing dan fokus kepada musuh sebenar mereka.
Beliau turut menyokong DAP dengan berkata, ia adalah parti yang mewakili 3 kaum terbesar di negara ini, manakala MCA pula sememangnya parti kaum Cina.
Dianggarkan 1,000 orang menghadiri ceramah semalam di Taman Wira Mergong, Alor Setar itu yang merupakan kubu kuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top