pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tunku Aziz Gesa Pengerusi Media Prima "Saman", Kalau Tidak Salah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini memberi dua pilihan kepada Pengerusi Media Prima Berhad ...
PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini memberi dua pilihan kepada Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Fateh Iskandar Mohamed: Saman atau letak jawatan.
Tunku Aziz menggesa Fateh supaya membuat tuntutan saman fitnah sekiranya dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikelirukan berhubung rating TV3 tidak benar.
Sebaliknya, Fateh perlu letak jawatan sekiranya gagal membuktikan Tunku Aziz penyebab rating rendah.
“Beliau seorang penipu kerana membuat dakwaan yang tidak masuk akal, berniat jahat dan palsu. Beliau kata saya membuat penampilan di TV3 sebanyak 12 kali pada Oktober dan November. Sebenarnya, saya hanya tampil sebanyak tiga kali sahaja.
“Lagi tak munasabah apabila beliau memberitahu Perdana Menteri kononnya penampilan saya itu punca rating Buletin Utama menjunam.
“Beliau tidak mahu memohon maaf dalam tempoh seminggu yang saya berikan. Keengganan itu seolah mengandaikan pihaknya tidak bersalah.
“Jika beliau rasa tidak bersalah, samanlah saya kerana memfitnah,” kata Tunku Aziz pada sidang media di Hotel Hilton di sini.
Tunku Aziz menambah sekiranya Fateh tidak mahu mengheretnya ke mahkamah, beliau disaran supaya meletak jawatan kerana seorang “penipu” tidak sepatutnya mengepalai Media Prima.
Menurut beliau, meletak jawatan satu-satunya cara “terhormat” untuk seseorang yang dikecam sebagai penipu.
Tokoh masyarakat itu mengulangi tuntutan maaf daripada Fateh, sementara menggesa rating TV3 pada hari penampilannya diumumkan secara terbuka.
Namun Fateh menjawab tuduhan Tunku Aziz itu cubaan untuk merosakkan hubungan antara kakitangan dan entiti dalam Kumpulan Media Prima.
“Itu satu lagi penipuan, kerana saya tidak ada kaitan dengan mana-mana individu di Media Prima,” kata Tunku Aziz dalam kenyataannya.
“Dakwaan Fateh mengejutkan saya. Saya sedang menikmati teh tarik dan roti canai apabila seorang sumber yang dipercayai memaklumkan mengenai berita itu,” tambahnya.
Tunku Aziz menolak permintaan menamakan sumber itu.
“Tetapi sekiranya saya dipaksa berbuat demikian, di mahkamah, saya terpaksa mendedahkannya.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top