ADUN Pembangkang Pahang Ucap Tahniah Atas 'Perlantikan' Tengku Abdullah Sebagai Pemangku Raja Pahang


MENTAKAB: Adun-adun pembangkang negeri Pahang hari ini merafak sembah serta mengucapkan tahniah kepada YTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah atas pelantikannya sebagai Pemangku Raja Pahang.
Ketua Pembangkang DUN negeri itu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata beliau berharap agar Tengku Abdullah akan sentiasa dirahmati Tuhan dan dimudahkan urusan baginda dalam mentadbir Pahang.
“Semoga Allah merahmati baginda serta pentadbiran yang lebih baik serta adil untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama di negeri Pahang Darul Makmur,” ujarnya.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dalam satu surat rasmi bertarikh 28 Disember lalu menyatakan pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Justeru, gelaran yang kini dibawa baginda adalah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musata’in Billah. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]