Annuar: MARA Henti Menaja Bola Sepak Kelantan, Akur Arahan Ismail Sabri

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuat keputusan menghentikan penajaan bagi perkara tidak berkaitan dengan pendidikan.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akur dengan arahan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghentikan penajaan tahun ini.
“Kami akan mematuhi arahan. Ia adalah satu langkah yang baik,” beliau dipetik berkata oleh Sinar Harian hari ini.
Kenyataan beliau susulan pendedahan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang mendakwa Annuar memaksa Mara dan anak syarikat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membiayai pasukan The Red Warrior.
Persatuan Bola Sepak Kelantan berada di bawah pentadbiran Annuar sehingga beliau meletak jawatan pada November tahun lepas.
Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO, berkali-kali menafikan dakwaan TMJ dan menegaskan tiada wang MARA disalur kepada pasukan bola sepak itu.
Sementara itu, laporan Berita Harian berkata Annuar akan mengemukakan laporan penuh kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mengenai perkara itu.
Beliau juga berkata, The Red Warriors akan terus mempunyai logo MARA pada jersi mereka. Ini kerana pasukan tidak mempunyai masa menyediakan yang baru, katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]